![]() |
| Gambar ihsan Google
Kini wanita pun sibuk dengan kerjaya. Adaptasikan tips mudah ini untuk
menjaga kecantikan kulit agar kulit anda bukan saja sihat tapi juga cantik dan
sedap mata memandang.
Amalkan tips kecantikan wajah secara alami ini.
#1
Lindungi kulit dari sinaran matahari
Kulit yang terdedah pada sinaran matahari berisiko
untuk mendapat kedutan pada kulit, bintik hitam tanda penuaan dan banyak lagi
masalah lain. Bahkan boleh meningkatkan risiko kanser kulit. Jadi, sebelum anda
keluar dari rumah pastikan anda memakai krim pelindung dari sinaran UV matahari
dengan sekurang-kurangnya SPF15. Elakkan dari terdedah pada sinaran matahari
terik pada jam 10 pagi hingga 2 petang. Guna pakaian yang menutup kulit
sepenuhnya sebagai pelindung tambahan.
#2
Belai kulit sebaiknya
Cuci setiap hari dan cukur segala rerambut yang
tumbuh pada wajah membantu dalam mengelakkan masalah kulit. Untuk mengekalkan
keanjalan kulit, amalkan dengan mandian air suam dan tidak terlalu panas. Ini
kerana ia boleh mengelakkan masalah kulit berminyak. Bercukur dengan
berhati-hati agar tidak mencelakan kulit. Jika anda mengalami masalah kulit
kering, gunakan pelembap kulit dengan SPF sesudah mandi.
#3
Diet sihat
Pemakanan yang baik dan sihat menjamin kulit yang
cantik dan kesihatan yang baik. Banyakkan mengambil buah-buahan dan
sayur-sayuran. Jika anda seorang yang mudah mendapat masalah jerawat, kerapkan
pengambilan Vitamin C dan kurangkan pengambilan lemak.
#4
Elak stres
Stres yang tidak terkawal boleh menyebabkan kulit
menjadi lebih sensitif dan jerawat mula mengambil tempat pada kulit wajah.
Untuk menggalakkan kulit dan kesihatan yang baik, ambil langkah untuk
mengurangkan stres anda agar tidak memberi kesan kepada kesihatan kulit dan
tubuh badan.
Selain itu, bahan sumber semulajadi yang ada di
dapur juga boleh digunakan untuk kecantikan kulit anda.
NAK TAHU??
Jom baca sambungan...
#5
Lemon
Campurkan dua sudu teh air perahan jus lemon dan
gula. Sapu rata pada permukaan kulit wajah, leher dan kedua-dua belah tangan.
Gosok rata dengan gerakan membulat dan biarkan ia selama 10 minit. Bilas dengan
air suam. Amalkan remedi ini seminggu sekali untuk mendapatkan kulit bersih
berseri.
#6
Madu
Sapu madu asli ke atas seluruh bahagian kulit wajah.
Biarkan ia mengering sendirinya dan bilas wajah dengan air suam. Madu bertindak
dalam memberikan kelembapan pada kulit agar kekal lembut dan gebu. Lakukan
petua ini sehari sekali untuk memberikan kejelitaan yang menawan semulajadi
pada wajah anda.
#7
Kunyit
Gaul satu sudu teh serbuk kunyit bersama jus nanas
untuk menjadikan ia pes. Oles pes campuran tersebut ke atas kulit wajah dan
leher. Biarkan ia mengering sepenuhnya. Cuci dengan air suam. Ulangi remedi dua
atau tiga kali seminggu untuk menghilangkan kesan tompok hitam dan parut pada
wajah.
#8
Serbuk penaik
Adun rata dua sudu teh serbuk penaik dengan satu
sudu teh air atau air perahan jus lemon sehingga menjadi pes. Cuci kulit wajah
anda dan sapukan pes secara menyeluruh pada kulit. Akhir sekali bilas wajah
anda dengan air suam dan keringkan dengan tuala. Amalkan cara mudah ini di
rumah dua atau tiga kali seminggu.
#9
Timun
Potong timun segar dengan hirisan tebal dan gosok
rata ke seluruh wajah. Biarkan ia semalaman dan cuci wajah dengan air suam pada
waktu pagi. Lakukan setiap hari sebelum tidur.
Sekiranya anda tiada masa dan masih mahu mencuba
cantikkan kulit. Mudah saja. Amalkan supplement. Boleh ikuti artikel ini untuk
maklumat lanjut.
Klik link disini : Vitamin Kulit Cantik
|
9 Tips kecantikan wajah secara alami
9 Tips kecantikan wajah secara alami
2015-09-05T16:03:00+08:00
Hasliezah Lisz
Shaklee|Tips Cantik|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
