Sekiranya anda antara penghidap masalah sendi. Awas! Ambillah langkah berjaga-jaga demi kesihatan anda dihari mendatang.
Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian
lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku
lali dan sendi jari kaki serta tangan.
Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya
berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua
lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan
kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit. Ianya berbeza dari
segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke individu yang lain.
Sebab-Sebab Sakit Sendi
Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan
terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran,
otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.
· Kesakitan ringan
mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit.
Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang
tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.
·
Berat badan berlebihan
·
Kecacatan tulang
belakang atau tangan dan kaki
·
Kecederaan
(kemalangan, bersukan dan sebagainya)
·
Penyakit sendi seperti
arthritis
·
Sakit dari pangkal
saraf (seperti saraf yang terhimpit
·
Penyakit tulang
·
Ketumbuhan
·
Jangkitan kuman
·
Masalah mental seperti
tekanan, kemurungan dan sebagainya
·
Penyakit kronik
·
Ubat-ubatan
Rawatan
Sakit sendi selalunya bukan disebabkan oleh penyakit serius.
·
Sakit ringan akan reda
dengan langkah-langkah mudah seperti merehatkan sendi tersebut secukupnya
contohnya dengan penggunaan ´splint´ (pengampu).
· Kerap mengenakan ´cold
pack´(contoh ais yang dilipat dalam tuala) pada sendi yang tercedera
sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengurangkan bengkak dan
kemerahan(keradangan)
·
Selepas beberapa hari,
selangkan penggunaan pek sejuk dan panas . Urut secara lembut juga boleh
membantu
·
Kenakan pek panas
untuk meringankan ketegangan sendi.
·
Guna ubat penahan
sakit seperti paracetamol(panadol) atau ubatan jenis ´non-steroidal anti-inflammatory´
(NSAID) sekiranya paracetamol tidak melegakan. Ini boleh didapati di farmasi.
·
Kurangkan berat badan
·
Guna kasut bertumit
rendah
·
Bijak menangani
tekanan
·
Dapatkan rawatan bagi
penyakit yang khusus
Bila Perlu Berjumpa Doktor.
·
Jika sakit berlarutan
walaupun telah merawatnya dengan cara di atas
·
Jika sakit bertambah
teruk dan tidak lega dengan ubat penahan sakit
·
Berjumpa doktor segera
setelah cedera
·
Sakit yang menghalang
anda dari bekerja
·
Sakit yang berserta
dengan demam, muntah, sesak nafas, kebas dan lemah
·
Penurunan berat badan
yang serius
·
Hilang keupayaan untuk
mengawal buang air kecil atau besar
·
Penglihatan yang kabur
·
Sakit perut atau cirit
·
Sendi yang bengkak dan
merah
·
Menghidap HIV atau
kanser
Pencegahan
·
Postur- elakkan
berdiri atau berjalan secara bongkok
·
Tidur di atas tilam
yang keras
·
Elakkan mengangkat
barang berat
·
Kerap bersenam - elok
untuk memastikan otot dan sendi berfungsi dengan lancar
·
Pengurangan berat
badan boleh membantu
·
Mengamalkan rehat
seketika termasuk regangan ketika memandu, berdiri atau duduk yang lama
Sumber : myhealth.gov.my