Peranan SAYA sebagai blogger Malaysia untuk menzahirkan 'Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta'.
Berbekalkan semangat positif dalam jiwa ini saya amat bersyukur berpijak di bumi Malaysia yang aman dan harmoni. Walaupun dunia hanya sementara, akhirat jua yang kekal abadi. Kita sebagai hambaNya perlu manfaatkan nikmat yang Dia pinjamkan iaitu nikmat keMerdekaan di bumi Malaysia. Caranya adalah dengan memupuk semangat cinta kepada Maha Pencipta. cinta kepada negara, cinta kepada masyarakat umumnya, dan seterusnya membantu negara ke arah bina jati diri Melayu yg sempurna dimata DUNIA. Sebarkan caj-caj positif dengan info dan hujah yang membantu kita lebih bersemangat dalam meneruskan hari yang mendatang.
