Cara cuci botol SEMUDAH ABC, JIMAT DAN SELAMAT


Cara-cara dan TIPS untuk ibubapa mahupun 'Babysitter' untuk mudahkan urusan cuci botol anak-anak adalah dengan rendam botol menggunakan air panas.

Selain itu boleh jua mencuba Get Clean Dish Wash Concentrate ini.

Sebab apa??

Meh saya share sikit kenapa Anda harus cuba.

Cuci botol lebih SEMUDAH ABC, JIMAT dan SELAMAT


Tiap pagi cuci dengan Dish Wash ni,nampak tak puting bersih suci macam baru beli



Jimat

>Nampak tak bancuhan yg berbuih2 tu?

Percaya tak 3-4 titik dish wash ni dah dapat hasil berbuih2 macam tu?JIMAT kan!

‪‎

Mudah‬

Dah bancuh tu,xyah susah2 nak brush.. goncang2 aje bersih,insyaAllah..
Lagi bagus rendam sekejap. Kemudian baru bilas bersih.

Selamat‬

Nampak tak label botol
>Nontoxic
>Natural
>Hypoallergenic
Dijamin selamat especially yang alergi dengan dish wash biasa
Percaya tak da lebih sebulan, tak sampai suku botol pun luak..
 jimatkan??

Jom cuba,berbaloi sgt ni..

Harga pun mampu milik
>Bukan RM 40
>Bukan RM30


Penggunaan berbulan2..


Berminat nak order?
WhatsApp me: 0192269066












~Salam Sayang:::Mama Lisz~

7 Punca Sebenar Kulit Tidak Secantik Model

Anda dikalangan pengguna yang sukakan kecantikan?
Bermacam produk kecantikan telah digunakan tetapi hasilnya tetap sama.
Maka pentinglah kiranya anda mengetahui 7 punca mengapa kulit anda tetap same je ataupun makin tidak cantik(ada ker?..hehe)
Fitrahnya kite kene syukur dengan ciptaan Ilahi kan, masing-masing cantik dari sudut yang berbeza, tapi tak salahkan kita nak menjaga lagi kesihatan kulit kita terutamanya apabila umur semakin meningkat, sering berjemur ataupun sunburn.


Nak kulit belah kanan ke kiri??

 7 Punca Kulit Tidak Cun macam Model


Ok jom kita terus selongkar punca-puncanya:

# 1 Tidak Cukup Tidur

Tidur tidak lebih 7 jam akan menyebabkan masalah kulit kusam dan wujudnya lingkaran gelap bawah mata. Pakar psikologi dan perubatan mengatasi masalah tidur, Michael Breus menyarankan agar seseorang itu mandi dengan air suam sebelum masuk tidur untuk memudahkan rasa mengantuk.

# 2 Tidur Tidak 'Bijak'

Tidur secara bijak adalah dengan memberi penekanan kepada sarung bantal yang digunakan. Ketika tidur, semua minyak, sel kulit mati, bakteria dan lebihan krim malam akan berkumpul di sarung bantal. Penggunaan sarung bantal tanpa ditukar dalm tempoh yang terlalu lama akan menyebabkan liang pori tersumbat. Ia boleh menyebabkan kulit anda cepat berkedut. Gunakan sarung bantal dari material yang lembut.

# 3 Terlebih jaga, cetus masalah kulit

Tidak semestinya cuci muka pada siang hari sudah cukup. Jika anda mempunyai kulit kenis kering, anda digalakkan mencuci wajah dengan lebih kerap tetapi harus disertakan dengan pemakaian krim pelembap. Walaupun begitu, elakkan menggunakan pencuci muka setiap kali mencuci wajah kerana ia akan menyebabkan kulit bertambah kering.

# 4 Skrub Kasar

Skrub yang mempunyai butiran kasar boleh menyebabkan iritasi kulit dan liang pori tersumbat. Tahukah anda, penggunaan skrub yang tidak sesuai dengan kulit anda, akan menyebabkan ia kehilangan lembapan semulajadinya.

# 5 'Lupa' Tisu Basah

Pastikan anda bersihkan wajah dengan tisu basah terlebih dahulu untuk memudahkan wajah untuk dibersihkan. Membersihkan wajah tanpa menggunakan tisu basah terlebih dahulu akan mendorong anda untuk menggosok terlalu kuat dan menyebabkan iritasi kulit

# 6 Terlebih mencuci muka

 Jangan pula anda hanya bertanggapan sudah cukup sekadar mencuci wajah pada siang hari saja. Seandainya kulit anda jenis kering, anda digalakkan untuk lebih kerap membersihkan wajah tetapi harus disertakan dengan pemakaian pelembap. Pelembap membantu kulit untuk kekal anjal dan mengelakkan kulit daripada mengelupas. Walaupun begitu, elakkan pembersihan menggunakan pencuci muka setiap kali membersihkan wajah anda.

Penggunaan pencuci muka secara kerap akan menyebabkan kulit semakin kering. Menurut Ellen Marmur, Ahli dermatologi dari New York, cukuplah sekadar membersihkan wajah dengan pencuci muka jenis krim atau berasaskan minyak(untuk kulit kering) pada waktu malam.
Bersihkan wajah keesokan harinya seperti biasa, untuk menghasilkan minyak semulajadi pada wajah anda.

Anda boleh cubna Set Enfuselle Shaklee yang khas untuk 2 kategori kulit iaitu Dry Skin atau Oily Skin.

 

# 7 Ini bukan tepi pantai!

Pemikiran sebegini yang salah!! Pemakaian krim pelindung matahari adalah penting. Apatah lagi sinaran uv matahari sekarang ini adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kerosakan kulit


Anda boleh amalkan supplement WAJIB untuk kecantikan luaran dan dalaman. Nak tahu?
>>>>Vitamin Cantik




~Salam Sayang:::Mama Lisz~

Anda Keguguran? Tips untuk wanita yang mengalami keguguran

Baru - baru ini kerap dengar masalah keguguran. Sepupu sendiri gugur apabila kandungan sudah mencecah 3-4 bulan. Lebih dukacita bila mengetahui terdapat 2 janin yang gugur itu. Namun begitu, semua itu adalah ketentuan Ilahi, kita hanya mampu berdoa dan lebih berhati-hati dimasa akan datang untuk kehamilan seterusnya.

Jom kita tambahkan ilmu pengetahuan bagi yang pernah ataupun belum mengalami keguguran sebagai langkah pencegahan dari kemudaratan.

Fakta mengenai keguguran

Ibu turun darah sebelum minggu ke-20 kandungan. Semasa keguguran, janin atau kandungan di dalam rahim boleh gagal untuk terus hidup.  Keguguran berlaku kepada 8-20% ibu mengandung. Kebanyakan kes (80%) berlaku sebelum minggu ke 13 manakala  20% berlaku pada ibu yang kurang dari 20 minggu mengandung.
Sebab-sebab
Banyak faktor boleh menyebabkan keguguran dan selalunya ia berbagai (multifactorial) dan bertindih. Antaranya adalah: 
  • Masalah genetik: 

   30% keguguran berlaku sebelum minggu ke-8 dan penyebab utama adalah masalah genetik.  Embrio terhasil dari persenyawaan telur isteri dan sperma suami gagal membesar dan membahagi kepada janin.  Masalah genetik merangkumi 40-45% dari sebab keguguran.

  •  Masalah penyakit  si ibu: 


Masalah seperti kencing manis yang tidak terkawal, masalah struktur dalam rahim (septum) atau fibroid (lihat fibroid)

Faktor-faktor yang meningkatkan risiko keguguran

  1. Usia ibu: ibu yang berumur (lebih tua) berisiko tinggi berbanding yang lebih muda
  1. Pernah keguguran sebelumnya: jika keguguran sekali, risko untuk gugur  lagi adalah 20%, dan jika pernah 2 kali gugur, risiko adalah 30%.  Risiko meningkat kepada 43% kalau pernah 3 kali gugur atau lebih.
  1. Merokok: merokok lebih dari 10 batang sehari (atau perokok pasif) boleh meningkatkan risiko
  1. Alkohol: pengambilan alkohol semasa mengandung walaupun sedikit boleh menyebabkan keguguran. 
  1. Demam panas: melebihi 37.80C atau lebih boleh menyebabkan keguguran
  1. Trauma: trauma (kemalangan) dibahagian rahim semasa mengandung boleh meningkatkan risiko.  Ini termasuk juga rawatan amniocentesis dan chronic villous sampling (sila lihat)
  1. Kafeine: pengambilan kopi atau bahan berkafein spt cola dan sebagainya berlebihan boleh meningkatkan risiko keguguran.  Tidak digalakkan mengambil lebih dari 300mg sehari.
  1. Sebab-sebab lain: risiko meningkat kalau si ibu tercemar dengan bahan seperti: jangkitan, sesetengah ubat-ubatan, stress fizikal yang berlebihan, radiasi dan bahan-bahan kimia.
 

Jenis Keguguran

  1. Keguguran terancam (Threatened miscarriage) – ibu akan mengalami turun darah dan sakit di bahagian bawah perut.  Pangkal rahim (servik) masih tertutup, dan saiz rahim sama dengan minggu mengandung.  Di kebanyakkan kes, pendarahan akan berhenti sendiri dan kandungan boleh selamat dilahirkan cukup bulan.  Ada juga kes dimana pendarahan menjadi lebih banyak (tumpah darah) dan akhirnya gugur.

  1. Keguguran tidak dapat dielak (inevitable miscarriage) - keguguran tidak dapat dielakkan.  Pangkal rahim terbuka, tumpah darah bertambah banyak dan sakit perut bertambah kuat.

  1. Keguguran tidak lengkap (incomplete miscarriage) - bermakna janin telah gugur keluar tetap masih ada yang tertinggal lagi dalam rahim. Pintu pangkal rahim terbuka dan boleh tumpah darah yang banyak.

  1. Keguguran lengkap (complete miscarriage) - janin telah keluar sepenuhnya. Keguguran berlaku sebelum minggu ke-12. Pendarahan dan sakit berkurang tanpa rawatan. Semasa pemeriksaan dilakukan (oleh doktor), pintu pangkal rahim sudah tertutup dan simptom-simptom mengandung sudah hilang.  Ultra bunyi menunjukkan rahim tidak tertinggal janin.

  1. Keguguran septik (septic miscarriage) - ibu yang keguguran dijangkiti kuman yang menjangkiti rahim. Simptom termasuk demam panas, mengigil, sakit perut, pendarahan faraj dan lendiran dari faraj (berbau busuk dan kental berwarna kuning)

 

Clinical presentation

Antara simptom adalah pendarahan (tumpah darah) dan sakit (di bahagian bawah perut) semasa awal mengandung (kurang minggu ke-12).  Pendarahan yang sedikit dan rasa kurang selesa di bahagian perut boleh dianggap normal kepada kebanyakkan wanita yang mengandung, akan tetapi kalau pendarahan yang banyak dan sakit itu bertambah; pesakit dinasihatkan berjumpa doktor segera.
Diagnosis
Dalam kebanyakkan kes, ultra bunyi digunakan untuk memastikan kandungan tersebut masih bernyawa atau tidak (viable). Ultra bunyi juga penting dalam mengenalpasti lokasi kandungan itu (lihat ectopic pregnancy

Rawatan

  1. Pemerhatian (observation) - kebanyakan ibu yang mengalami keguguran tidak memerlukan rawatan, baik rawatan perubatan atau pembedahan.  Jika keguguran berlaku sebelum minggu ke-13, dan si ibu stabil (tidak tumpah darah yang banyak atau tidak dijangkiti kuman), cukup sekadar pemerhatian sahaja.  Selalunya janin tersebut akan keluar dari rahim dalam masa seminggu dua.  Ada kalanya mengambil masa 3 hingga 4 minggu selepas itu.  Apabila kandungan itu keluar, doktor selalunya akan membuat ultra bunyi untuk melihat tiada bahagian janin yang masih tertinggal di dalam rahim (incomplete miscarriage).

  1. Rawatan perubatan- sesetengah kes, doktor akan memberi ubat pil untuk dimakan atau masukkan ke dalam faraj untuk mengeluar kandungan yang telah keguguran tersebut

  1. Rawatan Pembedahan- prosidur ini dinamakan dilatation & curettage (D&C). Doktor akan membuka (dilatation) pangkal rahim (servik) dan membuat curettage (cuci) dalam rahim bagi mengeluarkan janin yang telah keguguran tersebut.  D&C dilakukan jika si ibu tidak mahu menunggu janin keluar secara spontan ataupun terdapat banyak pendarahan atau jangkitan berlaku. Suatu kaedah lagi yang boleh digunakan adalah “MVA”, iaitu “Manual Vacuum Aspiration” atau kaedah menyedut janin yang agak mudah dilakukan.
Selepas keguguran?
Selepas keguguran, ibu dinasihatkan supaya tidak memasukkan apa-apa bahan (tampon) atau douching selama 2 minggu. Selalunya doktor menasihatkan tunggu 2-3 bulan sebelum cuba mengandung lagi.  Tiada masalah mengambil kaedah perancang (termasuk IUCD) selepas keguguran. Doktor mungkin memberi ubat tambah darah dan antibiotik untuk mengurangkan kurang darah (lihat anemia) dan risiko jangkitan (keguguran septik).  Bagi ibu yang berdarah Rh negative- RhoGam® perlu diberikan supaya mengurangkan risiko keguguran untuk kandungan yang akan datang.


Cadangan supplement untuk ibu yang baru saja keguguran adalah seperti berikut:

 (Sumber rujukan: myhealth.gov.my)


~Salam Sayang:::Mama Lisz~

5 Gaya Hidup Sihat dunia moden

Gaya hidup moden banyak yang tidak dapat dinafikan memberi kesihatan terhadap tahap kesihatan seseorang insan. Cetek ilmu pengetahuan dalam kesihatan akan mengakibatkan diri sendiri terima akibat buruk terhadap tahap kesihatan sendiri.



Jom kita tambah ilmu dengan 5 Tips gaya hidup sihat yang PERLU anda ketahui terutamanya di dunia moden sekarang ini.


#1 Jangan Makan Lebih 

Pengambilan gula secara berlebihan dan tanpa pengawasan boleh menyebabkan diabetes. Apatah lagi setelah menikmati segala macam makanan manis dan anda pula jarang bersenam. Sederhanakan makanan manis dan seimbangkan pengambilan lemak, protein, dan karbohidrat sepanjang hari.

#2 Tidur ikut waktu

Sekiranya anda mempunyai masalah migrain,  patuhilah waktu tidur. Kurang atau terlebih tidur akan menyebabkan anda mengalami serangan sakit kepala. Walaupun sekadar tidur lebih setengah jam daripada biasa, anda masih berpotensi mendapat sakit kepala. Patuhilah jadual waktu tidur anda YA!

#3 Bahaya ketagihan Kopi/ Kafein

Anda antara penagih KOPI? 10gm kopi sebenarnya dos yang memudaratkan dan menyamai 100 cawan kopi. Cuba periksa kembali sebanyak mana anda minum kopi setiap hari. Jika jumlahnya lebih atau menyamai 10gm, anda perlu latih diri kurangkan ketagihan tersebut untuk kesihatan yang lebih baik. 

Tahukah anda minum kopi atau berkafein menganggu penyerapat nutrisi penting oleh badan, sebab itulah sekiranya anda mengamalkan supplement, jarakkan pengambilan minuman berkafein dengan masa pengambilan supplement untuk keberkesanan tubuh menyerap nutrisi.

#4 Pil Tahan Sakit

Jangan hanya bergantung pada pil tahan sakit jika anda mengalami sakit yang melampau seperti senggugut. Meneruskan pengambilan pil tanpa berjumpa doktor memungkinkan anda mendapat endometriosis mahupun fibroid.

#5 Jangkitan kuman kerana seks?

Jangan sesekali percaya seks mengakibatkan jangkitan pada salur kencing. Ia sebenarnya sudah wujud dan seks sebagai pencetusnya sahaja. 

Tahukah anda, ketika melakukan hubungan intim, bakteria yang memang sudah sedia ada di dalam vagina akan ditolak jauh ke dalam urethra dan juga ke pundi kencing. Air kencing yang ada di dalam pundi akan merangsang bakteria untuk berkembang dan menyebabkan jangkitan.










~Salam Sayang:::Mama Lisz~

11 cara untuk elak Eczema








Sangat merunsingkan pada penghidap Eczema samada bayi ataupun dewasa. Bukan saja pantang larang dalam pemakan, tetapi bermacam-macam lagi faktor yang perlu diketahui sebagai langkah penjagaan masalah Eczema ini dari terus berlarutan.


Antara 11 cara yang anda boleh praktikkan untuk elak dari Eczema berlarutan menyelubungi hidup anda ataupun keluarga.



#1 Pastikan bilik tidur selesa dan nyaman, tidak terlalu panas, atau terlalu sejuk

#2 Elakkan menggunakan karpet di dalam rumah. Sekiranya anda amat perlu menggunakan karpet sebagai perhiasan contohnya, maka, pastikan karpet sentiasa bersih dan tidak berdebu.

#3 Sekiranya anda alah pada haiwan berbulu, elakkan dari memelihara haiwan berbulu ini.

#4 Elakkan mandi air suam/panas

#5 Elakkan memakai baju berlapis-lapis bagi elak anda peluh berlebihan

#6 Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis

#7 Elakkan menggunakan pakaian yang berfabrik kasar

#8 Jangan guna sabun untuk mandi. (Tak payah sabun??? busukla kan!!) Seeloknya, gunakan emolien atau pembersih tidak bersabun (soap-free)

#9 Gunakan krim pelembap sekerap mungkin terutamanya setiap kali selepas mandi dan membasuh tangan.

#10 Pastikan kuku sentiasa pendek untuk elak luka (kesan dari garu) dan jangkitan kuman pada kulit

#11 Bagi pesakit Eczema yang mengalami alahan pada makanan, elakkan dari mengambil makanan yang menyebabkan alahan seperti makanan laut, telur dan sebagainya. Sekiranya anda tidak pastu mengenai alahan makanan yang anda hadapi, sila dapatkan nasihat doktor anda. Kebiasaannya, sekiranya anak menghidap Eczema, setiap satu jenis makan perlu dilihat kesan tindakbalas terhadap kulit mereka.


Info: Anda boleh amalkan minuman Mealshake dan sapuan Herbal Cream untuk membantu masalah Eczema



~Salam Sayang:::Mama Lisz~

5 Vitamin Kulit Cerah, Cantik dan Glow yang WAJIB anda tahu

 Anda masih tercari-cari vitamin untuk kulit anda?

Risau dengan masalah kulit yang tidak selesai malah bertambah?

Anda boleh cuba 5 vitamin Kulit Cerah, Cantik dan Glow seperti berikut yang amat diperlukan dan WAJIB anda tahu untuk kulit anda dan untuk kesihatan yang terbaik jua.

 

#1   Vitamin C

Manfaat utaman vitamin C:

  • Membentuk kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu. ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
  • Merperbaiki Simptom pendarahan - Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan sistem imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, membantu alergi hidung, kulit dan athma cepat sembuh dan juga simptom flu dan selsema cepat lega dan sembuh.
  • Mencantikkan kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari untuk kulit lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Mengekalkan Kolestrol Sihat - vitamin C mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Tips:

Jika anda berasa nak demam, bersin setiap pagi, boleh cuba amalkan 2 tablets vitamin C Sustained Release.


#2   Vitamin E

  • Anti-penuaan - Pengambilan 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne, dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.
Tips: Vitamin E Shaklee with Selenium amat penting untuk kesuburan.

#3   Soy Protein

Manfaat Utama:

  • Kulit remaja - merangsang pembentukan semula kult dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuh luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Baik untuk hormon - Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita.
  • Awet muda - Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah rahsia utama untuk awet muda.

#4   Collagen

Semakin berusia umur kita, tubuh kita semakin kurang menghasilkan kolagen, mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, disamping kulit yang semakin kendur.

Namun begitu, bukan hanya faktor umur yang menyebabkan kekurangan kolagen dalam tubuh kita, bahkan juga disebabkan oleh kerosakkan kolagen akibat dari faktor luaran yang mempengaruhi seperti cahaya matahari, radikal bebas di udara, air dan nutrisi, merokok dan sebagainya.

Justeru itu, Shaklee Collagen Powder mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut. InsyaAllah.

#5   Vivix

Ramuan semulajadi yang terdiri daripada anggur Muscadine, Purple Carrot, Elderberry dan Polygonum Cuspidatum membuatkan Vivix adalah penyelesaian yang hebat, formula yang eksklusif serta keputusan yang menakjubkan.

Bukan saja untuk awet muda, pelbagai masalah kesihatan dapat dibantu, insyaAllah. Antara manfaat nya adalah:
  • Memperbaiki tekstur kulit
  •  Mengurangkan bintik penuaan
  • Melambatkan penuaan - 4 mekanisma melambatkan penuaan pada tahap selular
    • Kerosakkan DNA
    • Pengawalan genetik



~Salam Sayang:::Mama Lisz~

Resepi Roti Sarang Lebah dan DONUT yang Gebu

Anda dikalangan insan yang selalu terliur dengan roti-roti di pasaran yang gebu gebas dan teringin buat sendiri roti sebab boleh makan panas-panas, fresh from oven, dijamin Halal dan bersih tanpa banyak bahan pengawet?

Mengalami masalah berikut:
  • roti tak naik
  • roti keras bila dibakar
  • roti tak gebu
  • roti berbau yis
  • roti masih terasa yis
Meh I nak share tips-tips buat roti yang gebus. I pun mula-mula dulu mengalami masalah seperti dinyatakan. Sekarang sangat berpuashati dengan hasilnya. Alhamdulillah.

Ni antara bahan-bahan yang diperlukan sebabnya doh ini boleh buat pan pizza, donut dan roti.
Senang sekali keje. Macam-macam dapat ('',)


Doh Roti:

1kg Tepung Roti (High Protein)
120gm Gula
2 Biji Telur
80 gm Marjerin
2 Susu besar Shortening (Membukit)
2 Paket Yis (11gm/sepeket)
500 ml susu segar
1/2 sudu kecil Baking Powder
1/2 sudu kecil Bread improver
1 sudu besar Esen Vanila

 Sos Butterscotch:

1 Cawan Brown Sugar
1 Cawan susu cair
2 Sudu besar tepung gandum( bancuh dengan sedikit air)
50 gm butter
Secubit garam

Cara-cara:

 Doh roti
1) Bancuh yis+air suam+1 sudu besar gula dan biar 10 minit sampai berbuih. Ketepikan.

Yis berbuih macam ni tau, baru la gebu gebas!!
2) Sambil menunggu yis berbuih, sediakan mixer. Saya gunakan mixer untuk bagi bancuhan doh sekata.
3) Putar marjerin dan lebihan gula tadi sampai sebati.
4) Masukkan telur sebiji demi sebiji, esen vanila, shortening, bread improver dan baking powder.(sambil putar)
5) Bila bancuhan doh sudah sekata, perlahan-lahan masukkan bancuhan yis,susu dan tepung sampai likat.
6) Bila doh sudah likat, ulian tangan selama 15-30 minit.
7) Biarkan doh naik 2-3 kali ganda, kemudian bentukkan ikut kesukaan samada donut, roti ataupun pizza.


Ni dia sebelum dan selepas doh naik double triple kali ganda


Tips:
1)Semasa menguli, jangan sesekali tambah air/cecair..hanya tambah tepung bagi tidak melekat di tangan dan doh ringan. Kemungkinan doh anda tidak akan gebu jika tambah air semasa menguli.
2)Saya personally tambah esen vanilla bagi bancuhan doh tidak berbau yis.


Cara-cara Sos butterscoth:
1) Cairkan butter
2) Masukkan brown sugar, bancuhan tepung dan susu
3) Gaul rata sampai mendidih
4) Siap dan boleh terus dituang atas roti



Antara hasilnya taraaaaa......






Jika tips ini bermanfaat untuk anda, Sila tinggalkan komen anda. Komen untuk share lagi tips pun dialu-alukan.

Terima Kasih kerana memberi komen dan baca entry saya.


~Salam Sayang:::Mama Lisz~

SOYA untuk kesuburan wanita , Fakta ke Auta?

Singkap Kembali kisah penyanyi tersohor kita Ning Baizura, pernah mengalami masalah sukar untuk hamil oleh sebab masalah kesihatan.

Nak tahu bagaimana soya ini berfungsi untuk kesuburan weanita. Apakah fakta nye atau hanya auta semata?

Jom kita baca petikan dari artikel yang dikongsi oleh Kuala Lumpur Post


Cara pemakanan juga mempengaruhi seseorang untuk ingin hamil selain dari doa yang tak putus-putus ke hadrat Ilahi. Zaman yang serba moden sekarang kita tidak pernah endah soal pemakanan, lantas mengambil makanan yang tak berkhasiat seperti junk food, fast food ataupun makanan yang sudah diproses. Sudah terang lagi bersuluh cara pemakanan itu adalah tidak sihat. Disinilah keperluan supplement untuk membantu anda hamil disamping menjaga kesihatan.

Saya 'remark' kan dalam red box saranan yang diberikan oleh doktor salah satunya soya.

Tahukah anda sumber soya adalah sumber protein yang penting?

Tahukah anda Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya?

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Kita memerlukan pemakanan tambahan untuk mendapat protein yang tak cukup sekadar diperolehi dari pemakanan.


Suka saya jelaskan, dalam Shaklee antara Set cadangan untuk hamil adalah Energizing Soy Protein(ESP). Kelebihannya berbanding produk lain adalah soy protein Shaklee adalah Non-GMO.

Satu hidangan berkhasiat ESP ini adalah bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Soya Shaklee boleh terus ke link ini: Soya Shaklee





~Salam Sayang:::Mama Lisz~

Rahsia Hamil yang anda WAJIB tahu

 
Sumber gambar: Google

RAHSIA HAMIL dgn GLA COMPLEX

Ramai yang sudah mengetahui bagaimana GLA dapat membantu dalam kehamilan. Ini dibuktikan dengan banyaknya testimoni yang boleh dicari di Google.com. Maka, anda wajib tahu apakah rahsianya??

Rentetan itu, saya nak share 1 testimoni customer saya yang juga adik ipar pada 'anak' bisnes Shaklee saya.
Jom kita ikuti perkongsian kronologi dari kakak iparnya sejak permulaan mengambil GLA Complex.


Kronologi:


Awal Ogos 2014 - Sis in law (SIL) consume vitamin GLA ni untuk betulkan period dia yang tak teratur & selalu mengalami senggugut yg agak teruk, disamping itu ada juga terdetik untuk pregnant juga sekiranya ada rezeki...
2 in 1 kan orang kata, kita hanya usaha dan doa je, yang lain serah pada-Nya.

25 Ogos 2014 - Jumpe doktor klinik untuk check keadaan perut dia, doktor scan & dapati ada cyst anggaran dalam 4-5cm... So, saya minta dia teruskan makan GLA 2 biji sblm tido..ia bertujuan utk mengecutkan cyst sblm appmt dgn doktor pakar pd 8/9/2014.

8 Sept 2014 - Scan & check-up dengan doktor pakar, hanya bercerita perihal cyst SIL & diberikan tarikh appointment yg baru.

12 Sept 2014 - Dgn kuasa ALLAH s.w.t semasa doktor pakar scan perut SIL saya untuk check cyst tersebut, beliau mendapati ada 'benda' lain selain dari cyst...ermmm agak2 uollss leh teka x...hehe..

Alhamdulillah rezeki ALLAH SIL saya disahkan hamil..
janin ketika tu masih baru lagi sekitar 3/4 weeks...

16 Okt 2014 - Sekarang SIL masih follow-up dengan doktor pakar di Hospital Gleneagles (Cyst) & 

baby pun sihat & kandungan dh hampir 2 bln...Alhamdulillah... 

















Jika anda mahu maklumat lanjut mengenai kesuburan dan kehamilan, boleh terus ke artikel ini : Tips Kesuburan






~Salam Sayang:::Mama Lisz~

3 Gambar Eksklusif Baby Girl Che Ta yang sangat COMEL


 

 Segmen Santai 5 minit

Nah nak belanja 3 gambar baby girl Che Ta yang sangatla eksklusif taw.. 

 Eksklusif sebab hanya Astro dapat tayangkan dulu

Waaahhhh... Geram nye tengok baby girl Che Ta yang tersangat la comel, Subhanallah..How I wish nak baby girl jugak..InsyaAllah
 Jom kita tengok anugerah terindah ini..

Kagum dengan Che Ta,da berusia 41 tahun pun,mampu bersalin normal.. Alhamdulillah..



 

 




~Salam Sayang:::Mama Lisz~

sharing

Artikel Berkaitan