LAST DAY PROMOSI COMBO ESP DAN MEALSHAKE!!!







 Lagi lebih kurang 3 JAM saje lagi PROMOSI COMBO mealshake dan ESP akan berakhir!!!!
Jangan lupa harini adalah last day untuk anda GRAB promosi ini..

Yang paling besh, dengan pembelian Mealshake, anda boleh menderma sekali sebab 10% daripada hasil jualan Mealshake, Shaklee Cares bekerjasama dengan Yayasan MyKasih akan didermakan pada kanak-kanak daripada 2000 keluarga yang kurang bernasib baik di Malaysia.


JOM CEPAT-CEPAT PM ME NOW SEBELUM STOCK LICIN!!!!

PM: 0192269066


 PROMO MEALSHAKE



Setiap hidangan yang dicampur dengan susu rendah lemak mengandungi 240 kalori tenaga
>>>Membekal kan tenaga untuk memulakan hari Si Manja

Sumber PROTEIN yang kaya dengan 9 asid amino penting
>>>Menyokong perkembangan tumbesaran yang sihat 

Sumber terbaik kalsium dan serat pemakanan
>>>Membantu mengekalkan kesihatan tubuh dan sistem pencernaan

Membekalkan 19 vitamin dan mineral penting termasuk vitamin A,Bs, C, D, E, Zat Besi, zinc dan iodin
>>> Untuk tubuh kekal sihat dan kuat

Formula rendah lemak dan rendah indeks glisemik
>>> Untuk mengekalkan berat badan ideal




  •  


~Salam Sayang:::Mama Lisz~

10 Panduan Elak dan Rawat Eczema atau Psoriasis

Apa itu Eczema?



Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.
Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.
Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki

"Penyakit Eczema biasanya terjadi dalam keadaan cuaca panas dan lembap"


10 Panduan Penjagaan Kulit Khas untuk pesakit Eczema


#1 Gunakan sabun yang lembut


Mandi dengan hanya menggunakan sabun yang lembut tanpa pembersih yang boleh digunakan dengan atau tanpa air. Kekalkan suhu air pada kadar suhu dingin atau suam, dan bukannya panas.

# 2 Had kan penggunaan produk yang berisiko


Elak dari menggunakan produk yang cenderung menyebabkan iritasi kulit seperti produk losyen selepas bercukur, gasolin dan turpentin.

#3 Pilih Losyen yang sesuai


Pelembap boleh menjadikan kulit lebih lembut dan halus. Elakkan pelembap yang mengandungi pewangi dan pelbagai bahan tambahan. Boleh juga gunakan pelembap berbentuk krim yang sesuai untuk kanak-kanak. Ini kerana kandungannya tidak berminyak dan mengandungi agen antikeradangan yang sangat sesuai untuk kesan lembapan. Amalkan selalu.

#4 Berendam Seketika


Berendam seketika dalam tab mandi adalah baik untuk kulit. Ini kerana lapisan luar kulit boleh menyerap air dan megelakkan kekeringan. Digalakkan berendam selama 15-20 minit. Boleh juga menggunakan garam bukit untuk berendam.


#5 Kawal Tekanan


Belajar dan didiklah diri untuk berdepan dengan tekanan dengan cara yang betul. Teknik pengurangan tekanan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasi masalah ini daripada bertambah teruk.


Vitamin yang sinonim dengan tekanan adalah vitamin B. Anda boleh mencuba vitamin B Complex Shaklee yang membantu anda dalam mengawal tekanan dan stress.

#6 Jangan Menggaru


Elakkan menggaru kawasan yang terdedah biar pun terasa gatal. Menggaru boleh menyebabkan kulit merekah dan sebagainya. Disarankan gunakan pelembap untuk menangani kegatalan tersebut.

Jika iritasi kulit/ gatal di kulit yang kering, Anda boleh sapukan Herbal Cream di kawasan yang gatal itu.

#7 Pilih tuala lembut


Gunakan tuala yang lembut untuk mengelap kulit. Sebaik sahaja selesai mandi, sapukan losyen atau minyak bayi agar dapat mengekalkan tahap kelembapan kulit.

#8 Kawal aktiviti harian


Kepanasan atau berpeluh melampau boleh mengakibatkan kegatalan pada kulit. Jika boleh, elakkan aktiviti yag membuatkan anda berasa terlalu panas dan berpeluh secara berlebihan.

#9 Gunakan fabrik dari kain kapas atau kombinasinya


Fabrik bulu atau sesetengah tekstil sintetik boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Mereka yang mempunyai kulit sensitif akan berasa selesa mengenakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau kombinasi kapas.

#10 Konsisten amal penjagaan khas


Bahagian kulit yang terjejas akibat Eczema akan mudah menerima kesan iritasi. Ini bermakna, penjagaan khas masih diperlukan. Teruskan rutin penjagaan kulit seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor anda biarpun selepas kulit anda sudah pulih sepenuhnya.



Sumber: Majalah kesihatan No .1 Malaysia:Rapi

Saya cadangkan anda mengambil Mealshake dan Omega Guard untuk anak yang ada eczema.

Selain itu, anak anda atau anda sendiri(adult) disarankan ambil ESP untuk mencuba merawat Eczema dan masalah kulit yang lain.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 

~Salam Sayang:::Mama Lisz~

Herbal Blend® Multi-Purpose Cream


Herbal Blend® Multi-Purpose Cream


Herbal Blend® Multi-Purpose Cream

  • Krim yang melegakan dan diuji secara klinikal ini berkesan untuk melembutkan kulit anda, termasuk kulit yang kasar dan keras pada lutut, siku dan kaki
  • Dengan kesejukan mentol dan tidak melekit
  • Dirumus daripada ekstrak tulen herba semula jadi yang sungguh menyegarkan termasuk sej, horse chestnut, yarrow dan rosemary


~Salam Sayang:::Mama Lisz~

Apple Crumble Yummy dan Mudah versi AirFryer


Apple Crumble Yummy dan Mudah versi AirFryer


Bahan2:

INTI
20biji Epal honey fuji(xkisah epal ape pun sodap)
1 sudu besar Cinnanamon powder (serbuk kayu manis-ikut citarasa, boleh tambah kemudian)
3 sudu besar gula/gula merah
secubit garam
2 sudu besar butter
2 sudu besar lemon

CRUMBLE
4 sudu besar buttercup
3 cawan tepung gandum
Secubit garam
1 sudu besar gula

Cara-cara: 

  
Ni epal yang sudah dipotong dan telah dimasak..
INTI
Panaskan periuk
Masukkan buttercup &gula perang
Kacau rata sampai buttercup cair
Masukkan kesemua epal yg telah dipotong cube tadi
Masukkan perahan lemon, serbuk cinnamon, tepung jagung(bancuh dgn sedikit air)
Gaul& masak sampai epal lembut & kuah pekat(rasa2 dulu sesuai x dgn tekak masing2..if nak tambah ikut suka..hehe)
Biarkan sejuk seketika
Masukkan adunan dalam loyang












CRUMBLE
Gaulkan butter,tepung,gula &sedikit air sejuk(guna tangan) sampai jadi macam serbuk roti
Tabur atas ramuan inti tadi
Lagi byk lagi crunchy

 
Bakar dalam oven@airfryer 200°c selamca 5-10minit aje @sampai crumble garing 😍
SIAP!!!

 Selamat Mencuba!!!!

Ade tips lain nak kongsi cer Comment ('',)



~Salam Sayang:::Mama Lisz~

Petua Cantik Macam Retis!


Petua cantik

Nak cantik Nak cantik? Feeling macam retis.. RAJIN dan ISTIQAMAH barula nampak hasil awet muda kan!

Pertama sekali sy nak share bacaan untuk awet muda (dalaman dan luaran) hasil perkongsian dari pelajar Kelas pengajian tafsir Al-Quran Dr.Fatma.


Zikir Baca:
Ya Badiyah - 1 kali
Ya Nur - 1 kali
Ya Hadi - 1 kali
Ya Allah - 3 kali

Baca dan tiup di tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada setiap hari

 Okay.. Seterusnya saya sharing petua pula


Petua untuk Cantik tak semestinya macam retis, cantik semulajadi pun lagi menarik tertarik kan.

Jom tinjau...

Tips dan petua kecantikan 

 

#1 Kecilkan pori-pori kulit

Bila pori-pori kecil barula nampak kulit licin dan gebu kan. Takdelah jelas pori-pori yang besar terutamanya apabila kulit kita bermasalah, berjerawat, ada kesan jerawat, cara pemakanan pun boleh jadi sebab dan puncanya.

Meh kita cuba petua mudah ni:

Hancurkan sebiji kiwi kemudian lulurkan ke seluruh kulit wajah. Jika anda merasakan wajah anda seperti mencucuk-cucuk, itu adalah tanda bahawa ia sedang bertindakbalas dengan kulit anda. Biarkan selama 15 minit, kemudian cuci muka menggunakan air sejuk.

Jangan lupa pesanan sy dari awal tadi, perlu ISTIQAMAH untuk mengamalkannya barula nampak hasil ya!

#2 Atasi Mulut dan bibir kering

 Adakalanya kita mengalami dehidrasi terutamanya ketika cuaca panas dan kita kurang minum air. Ianya adalah antara penyebab mulut atau bibir menjadi kering.

Untuk megatasinya dengan lebih cepat, cuba petua berikut:

Hiriskan timun dan campurkan bersama air kosonng yang anda minum. Amalkan!!! Anda pasti akan merasai perbezaannya

#3 Hapuskan lutut dan siku HITAM

Segan dan malu pada suami (bagi yang dah berkahwin ya) apabila siku dan lutut hitam. Orang lain tak nampak la kan terutamanya Muslim, sebab tu Islam wajibkan menutup aurat!(Maaf jika anda terasa). Sekadar contoh. Jangan risau, cuba petua mudah ini:

Campurkan minyak zaitun dalam air suam. Tuangkan atau sapu pada siku dan lutut yang bermasalah tadi sambil menggosoknya perlahan-lahan menggunakan span khas untuk kulit. Jika diamalkan setiap hari, daki-daki yang menempel padanya pasti akan hilang perlahan-lahan.

Anda juga boleh cuba Herbal Cream Shaklee terutamanya jika tumit dan siku yang kasar. Selain itu boleh juga disapu pada kulit yang gatal,eczema dan sebagainya.

4) Daun sirih atasi bau badan

 Masih ada yang mengalami masalah bau badan yang tak boleh hilang hanya dengan memakai deodoran. Boleh juga dikongsi kepada rakan yang tidak perasan dia ada bau badan..hehe
Apa kata anda cuba cara tradisional pula, seperti berikut:

Tumbukkan 5 helai daun sirih yang dicampurkan dengan sesudu air kapur sirih. Gaul rata dan kemudian sapukan pada bahagian bermasalah seperti ketiak. Biarkan 30 minit agar ia meresap ke dalam pori-pori kulit kemudian bersihkan dengan air sejuk. Lakukan secara rutin untuk nampak hasil ya!

#Boleh cuba Alfalfa Complex juga untuk menyahbau badan kerana ia berfungsi sebagai nyahtoksin. Anda perlu tahu punca bau badan antaranya adalah disebabkan toksin dari dalam badan kita sendiri.


5) Skrub Kopi dan madu

Campuran kopi dan madu adalah sangat bagus untuk pertumbuhan sel-sel kulit. Caranya hanya lulurkan campuran ini di muka, leher dan seluruh tubuh anda.

"Info Kecantikan: Penjagaan kulit wajah dengan cara yang betul mungkin kedengaran remeh. Tahukah anda, kesan pengabaian penjagaan kulit muka bukannya boleh dilihat hari ini atau esok. Tetapi dalam tempoh yang panjang. Jangan nanti kulit sudah bermasalah, berkedut semua baru nak menyesal tidak mengamalkan penjagaan kulit dulu. Sudah terlambat untuk berpatah balik ya!"


Sumber: Petua Cantik, Majalah rapi.



~Salam Sayang:::Mama Lisz~

Petua Dapur Anda


Petua Dapur Anda

Mahu menambah ilmu mengenai Petua Tradisional yang diamalkan pada zaman nenek moyang anda dahulu?

Meh pakat view & share ya!
InsyaAllah saya akan update dan share lagi sebanyak mana petua disini, insyaAllah ('',)

Petua Dapur Anda

 

1) Segarkan udara dapur

Keutamaan pada yang rajin memasak. Adatlah kiranya dapur terdedah kepada bermacam bau-bauan samada datangnya dari apa yang anda masak ataupun bauan dari sisa makanan.
Petua ni bolehla digunakan untuk kekalkan udara segar di dapur.

Caranya:
Masukkan 1 botol cuka putih kedalam periuk berisi air. Rebus selama beberapa minit sehingga ia mendidih. Biarkan wap air rebusan tersebut memenuhi dapur anda. Anda akan dapat merasakan udara segar di dapur anda.


2) Ketahui telur rosak @ segar

Mahu mencuba 'double check' samada telur masih segar @ telah rosak tanpa memecahkannya?

Caranya: 
Masukkan telur dalam air sejuk bergaram. Telur segar akan tenggelam manakala telur rosak akan timbul

3) Elak sotong mengecut selepas dimasak.

Kebiasaan masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu apabila selesai memasak sotong, ianya kelihatan mengecut berbanding sebelum memasak. Boleh cuba petua ringkas ini:

Caranya: 
Selepas sotong dicuci bersih, rendam sebentar dalam air bercampur cuka atau perahan limau nipis semala 2-3 minit saje. Hasilnya insyaAllah sotong akan kelihatan lebih segar dan tidak mengecut selepas dimasak

4) Segarkan kembali tomato

Tomato kebiasaannya cepat lembik ataupun terlalu masak terutama jika disimpan lama dalam fridge.
Ikuti cara mudah ini untuk membuat tomato segar kembali.

Caranya:
Rendam tomato dalam air berais dan bergaram selama setengah jam. InsyaAllah, tomato anda akan kelihatan segar kembali.

5) Menyedapkan kari ikan

 Untuk menyedapkan  kari ikan, gunakan asam jawa yang diramas bersama kelapa parut untuk mendapatkan santannya. Selain itu juga, sebelum menutup api, masukkan satu sudu kecil serbuk ketumbar dan juga beberapa ulas bawang putih ke dalam kari.




Sumber: Petua Dapur( Hasil perkongsian pembaca Majalah Keluarga)




~SELAMAT MENCUBA!!!~

~Salam Sayang:::Mama Lisz~

SET BAJET SHAKLEE

Set Bajet Shaklee



Cadangan set budget.

Set ini adalah basic set yg perlu diambil utk tujuan tertentu seperti dalam gambar.

Kebiasaannya pengguna yg ingin mencuba boleh mulakan set ini sebagai langkah permulaan.
Terutama bg yg masih belum cukup bajet utk spent lebih. InsyaAllah lepas ini dilimpahkan rezeki utk mencuba full set nya pula ya!

Jom kiter tgk 1 per 1 set yg dicadangkan ini :)

1)Set utk Si Manja

 ~Omega & mealshake

2)Set penyusuan

~Alfalfa & ESP

3)Set kurus

~Herb lax & Lecithin

4)Set tambah berat badan

~ ESP & Mealshake

5)Set sendi tulang

~AJHT & Oste

6)Set Subur

 > Boy  ~Vit E & Zinc
 > Girl   ~ESP & GLA



COMBO SET PENYUSUAN




COMBO SLIM SET






SET WEIGHT GAIN




~Salam Sayang:::Mama Lisz~

Tips ingin anak

Masalah ingin hamil bukan saja dialami oleh pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata, tetapi juga boleh dialami oleh pasangan yang telah dikurniakan cahaya mata tetapi masalah timbul bila hendak tambah cahaya mata.

Boleh cuba tips ingin anak yg dipetik  dari seorang Pakar Kesihatan Seksual dan Reproduktif seperti berikut:


  • Jika anda dan pasangan anda agak kurang melakukan hubungan seksual kerana banyak komitmen kerja dan urusan rumahtangga, anda perlu berusaha untuk merancang seks pada waktu anda subur. 

Bila waktu subur? 

  • Tanda awal subur bagi wanita yang menghasilkan telur ialah pengeluaran lendir macam putih telur yang belum masak  dari faraj, beberapa hari selepas haid selesai.
  • Perasaan sengal pada ari-ari beberapa hari selepas itu ialah petanda ovulasi. 
  •  Jika kedua-dua tanda itu ada kepada anda. maka mudahlah untuk jadualkan persetubuhan.
  • Anda juga boleh gunakan pendekatan alat 'Ovulation Test' yang mengesan pengeluaran Luteinizing Hormone(LH) untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan anda. Anda boleh beli dimana-mana farmasi ataupun online. Cara penggunaan akan dijelaskan oleh mereka. Apabila LH dikesan, telur akan keluar 36 jam kemudian. 
  •  Maka mudahlah anda untuk merancang persetubuhan.

Tips selanjutnya, untuk tambahkan isipadu air mani suami, supplemen yang mengandungi banyak antioksidan boleh membantu anda.

Tips supplement yang perlu anda ambil dan kenapa perlu ambil bagi aspek kesuburan, boleh click gambar dibawah:


Tips subur

Tips posisi seks pula, anda perlu pastikan yang posisi itu dapat mengurangkan pengeluaran air mani keluar dari faraj. Ada juga yang mempraktikkan luruskan kaki 90' ke atas selepas bersama selama dalam tempoh 10-15minit untuk memberi laluan sperma bersenyawa. 

Janngan lupa juga doa dan tawakal kepada Allah S.W.T untuk menambah zuriat. Boleh mengamalkan doa untuk tmenambah zuriat disamping usaha ke arah mendapatkan zuriat tersebut.
Namun, jika semua usaha telah dilakukan tetapi tidak mendapat apa-apa hasil yang positif, anda dan suami perlu menjalani pemeriksaan untuk masalah kesuburan anda.




~Salam Sayang:::Mama Lisz~

'Side Effect' selepas consume SHAKLEE?

AWAS!!! 

Gambar hiasan sumber dari OneCallMedicalAlert(Google)


Pernah mengalami 'SideEffect' selepas consume Shaklee?
Haa.. actually, bukanlah side effect yang memberi kesan buruk sebab Shaklee sudah menjamin produknya.

 'Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan , Sentiasa Mesra Alam. 

Dalam dunia Shaklee dan industri pemakanan tambahan lain ia digelar 'Healing Crisis' ataupun 'Krisis penyembuhan'.


Tidak perlu khuatir akan krisis ni kerana hanya segelintir orang yg akan melaluinya pada peringkat awal apabila mula mengamalkan supplement. Kesan ini bergantung pada tahap kesihatan seseorang itu. Ia adalah fasa dimana tubuh badan melalui suatu  jangkamasa penyesuaian diri kesan dari tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplement, krisis pemulihan mungkin akan terjadi.


Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaupun begitu, tubuh yang berantibodi lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk kembali normal seperti sediakala dan serasi dengan supplement yang diambil. 

Perlu diingat, teruskan mengamalkan supplement tersebut dan anda akan nampak hasilnya. Diwaktu jangkamasa pemulihan ini, minumlah air masak dengan banyak antara 2-3 liter, rehat secukupnya dan banyaklah mengamalkan makanan berkhasiat seperti sayuran dan buahan. Anda perlu bersabar dan tenang untuk melaului fasa pemulihan ini, barulah akan sihat kan.. InsyaAllah

(Sumber tambahan:Buku Panduan Nutrisi)



Anda tidak perlu bimbang, Shaklee sudah lebih 50 tahun dalam pasaran. Sudah terbukti secara klinikal akan keberkesanannya dan ini janji Shaklee:

Hari ini, kami merupakan syarikat pemakanan semula jadi nombor satu di Amerika Syarikat, dengan pejabat di seluruh dunia dan tenaga pakar terkemuka dalam bidang penyelidikan pemakanan. Kami melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa bagi memastikan produk kami Sentiasa SelamatSentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.
Kami menguji setiap bahan baharu untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya.
Kami menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya.
Kami telah melaburkan lebih $250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.

(Sumber: website Shaklee Malaysia)



~Salam Sayang:::Mama Lisz~

PROMOSI BULAN OKTOBER 2014

Setiap bulan ada promosi kan..
Promosi bulan Oktober ni adalah...
Tadaaaaaaa...

ESP dan BONUS  Shaklee extend PROMOSI Mealshake juga


PROMOSI ESP SHAKLEE
 Nak tau lebih lanjut pasal ESP, Click link ni @ gambar di atas ('',)
 Nak tau ESP Details, Click ME!!!




PROMOSI MEALSHAKE
Nak tau lebih lanjut pasal BESHnya Mealshake, Click link ni @ gambar di atas ('',) 
Nak tau Mealshake Details, Click ME!!!


~Salam Sayang:::Mama Lisz~

sharing

Artikel Berkaitan